KEBAJIKAN & KOMUNITI

Berkongsi rezeki.
Menyantuni komuniti.

Program Gerobok Rezeki

Inisiatif kebajikan Masjid Tepian Putra yang menyediakan barangan keperluan asas untuk membantu golongan asnaf dan keluarga yang memerlukan.

Melalui sumbangan orang ramai, Gerobok Rezeki menghubungkan penyumbang dengan penerima serta menyemai semangat berkongsi dalam komuniti.

Sumbangan anda, rezeki buat mereka.

Barangan keperluan asas yang disediakan melalui Gerobok Rezeki Masjid Tepian Putra

Dari jemaah kepada jemaah.

BENTUK BANTUAN

Barangan keperluan asas

GOLONGAN SASARAN

Asnaf & keluarga memerlukan

SOKONGAN KOMUNITI

Sumbangan orang ramai

SEKITAR GEROBOK REZEKI

Rezeki dikongsi, manfaat dirasai.

Pek sumbangan dan barangan di Gerobok Rezeki
Pek sumbangan dan barangan keperluan asas.
Ruang penyimpanan barangan Gerobok Rezeki
Ruang penyimpanan barangan sumbangan.
Petugas Program Santuni Gelandangan di pusat bandar Kuantan

MENYANTUNI MASYARAKAT

Santuni Gelandangan

Inisiatif Masjid Tepian Putra bersama Yayasan Kebajikan At-Tibyan untuk menyantuni golongan gelandangan di sekitar pusat bandar Kuantan.

Melalui pengagihan makanan, minuman dan risalah keagamaan, program ini bertujuan meringankan beban penerima serta menyampaikan mesej dakwah dengan penuh prihatin.

Mendekati dengan prihatin, menyantuni dengan ihsan.