PROGRAM OKU
Ilmu untuk semua.
Masjid untuk bersama.
Masjid Tepian Putra menyediakan ruang pembelajaran agama untuk komuniti Orang Kurang Upaya (OKU).
Melalui pengajian fardhu ain dan al-Quran, usaha ini membuka peluang untuk menimba ilmu,
memperkukuh ibadah dan mengeratkan hubungan dengan komuniti masjid.
01 / AKSES ILMU
Peluang Pembelajaran
Membuka ruang kepada komuniti OKU untuk
mendalami ilmu agama dan al-Quran.
02 / PENGUKUHAN IBADAH
Kefahaman & Amalan
Membantu peserta meningkatkan kefahaman agama
dan keyakinan dalam beribadah.
03 / KEBERSAMAAN
Komuniti Masjid
Menggalakkan penyertaan komuniti OKU dalam
kegiatan ilmu dan kemasyarakatan.
Pertanyaan & Penyertaan
Untuk maklumat jadual kelas, pendaftaran dan
penyertaan, sila berhubung dengan pihak
pentadbiran Masjid Tepian Putra.